Tuesday, 7 March 2017

Dari Seorang Gadis Mentah


Usai mengisi survey wajib universiti, tiba-tiba rasa macam mahu menulis sesuatu. Sebelum itu, saya minta maaf jika pos kali ini terlalu sentimental. Kadangkala apa yang terbuku di hati perlu diluahkan jua demi mengurangkan sedikit bebanan rasa.

Gadis.
Allah cipta dengan pelbagai keistimewaan dan begitu juga dengan Adam. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan. Disebabkan itulah Allah pasangkan Adam dan Hawa. Saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Dan Adam.
Ku titipkan sedikit pesan walau aku masih mentah untuk memahami dan bercerita tentang kehidupan. Aku cuma mahu menyampaikan sesuatu yang terbuku di hati. Untuk memahami hati seorang wanita, bukan mudah. Malah lebih susah dari soalan Addmath. Ada yang mudah sahaja dilentur dan begitulah sebaliknya. Kerana itu, kadang-kadang awak susah nak faham apa yang wanita fikirkan. Suka berkias-kias. Sensitif dan sebagainya. Itulah kami, golongan hawa ini. Ada sebab kenapa si hawa mahu mengehadkan perbualan dengan ajnabi. Ada sebab kenapa seorang gadis itu tidak selesa apabila berbual-bual dengan kalian tanpa sebab yang mustahak. Ada sebabnya.

Dan Adam.
apabila kau nyatakan hasrat mahu berteman dan mengenali seorang gadis yang membuatmu tertarik mahu mengenalinya, tahu kenapa dia menyuruh untuk terus pergi ke wali? Si gadis bukanlah tergedik mahu mengikat sebarang pertalian halal, cuma itu cara yang lebih sopan. Biarlah kau kenal dia dari walinya. Dia mahu keredhaan ilahi. Dia tidak mahu menjalinkan hubungan yang dimurkai. Dia takut jika memberi harapan yang menggunung tinggi. Dan dia juga ingin kau kenal dia bukan dari dia kerana semua orang cenderung untuk berpura-pura dan pretend to be perfect apabila berhadapan dengan orang lain.

Persiapkan dirimu dengan ilmu agama yang sempurna, walau hakikatnya sukar menjadi sempurna. Majlis ilmu jangan ditinggalkan. Kamu pelajari soal wanita dan hukum-hukum fiqh tentang wanita. Jika mendambakan si solehah, usaha gigih perlu ada. Hakikatnya  seseorang gadis itu juga inginkan seorang imam yang lebih baik darinya. Akan tetapi, seseorang gadis itu juga perlu sentiasa memperbaiki imannya dan akhlaknya jika dia mahu imam yang sedemikian rupa, kerana jodoh itu cerminan kita. Kedua-duanya perlu saling berusaha. Baiki apa yang perlu dibaiki. Bina apa yang perlu dibina. Itu hakikat sebuah kehidupan yang sebenarnya. Seorang gadis itu secara normalnya akan risau jika dia yang mendidik pasangannya kelak. Sedangkan tanggungjawab mendidik itu bukan pada bahunya.

Dan kau juga janganlah menjadi terlalu sosial. Banyak padahnya.

Jika kau rasa kau tidak layak untuknya, disebabkan akhlak kalian bagai langit dan bumi, ubahlah secara perlahan-lahan. Tidak ada manusia yang dilahirkan sempurna, pasti ada saja kelemahannya. Hati yang hidup itu sentiasa cakna dengan dosa-dosa yang dilakukan.

Gadis itu.
Dia juga manusia biasa. Walau dilihat solehah pada zahirnya , Allah sahaja yang tahu apa yang tersirat. Dia juga sebenarnya sedang berusaha memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukan. Namun Allah maha Agung , Maha Pengasih dan Penyayang. Segala aib dan kecacatan , Allah tutup. Dia pun tengah berusaha untuk menjadi solehah pada pandangan Illahi.

Adakah dialah orangnya atau bukan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita cuma merancang dan Allah lah yang menentukan. Bertanya pada Allah melalui Istikharah apabila tiba saat yang sesuai.

Life is not easy.
Sama ada kau lelaki atau perempuan.
Kedua-duanya punya tanggungjawab yang besar dalam kehidupan.
Aku berpesan untuk aku, kau dan dia.
Bukan bermakna sudah capai tahap sempurna. Bukan!
Aku hanya mahu dunia yang semakin malap ini cerah kembali walau mustahil.
Biarlah seorang dua yang mendengar dan memahami.
itupun sudah membuat aku bahagia.

....... Sekadar renungan buat kita bersama. Mungkin terlalu awal untuk bercerita soal ini, akan tetapi suatu hari bila tiba saatnya kau akan berhadapan dengan perkara ini.





Thursday, 6 October 2016

Being A Uni Student

Assalamualaikum and very good.... midnight (ngehehe.Tengah malam) .


Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
dan Alhamdulillah.
Setelah sekian lama meninggalkan dunia blogging dan tak sentuh langsung blog ni, saya diberikan peluang untuk menulis kembali.

Dan kini aku dah masuk universiti. Sekali lagi syukur melangit pada yang Esa sebab mentakdirkan aku masuk ke sini.

Disebabkan aku masih berada di tahun satu, pengalaman tu tidaklah sebanyak mana. Tapi jika dibilang dengan jari memang tak dapat sebab agak banyak jugalah pengalaman yang telah aku rasai di sini. Bermula dari pendaftaran sehinggalah ke saat ini. Aku nak share dengan korang, nak tak :)

-Hari Pertama A.K.A first day-

Urusan mengenai flight untuk ke sini telah diuruskan oleh sahabatku yang disayangi, Ain. Dia kata tak yah risau pasal tiket sebab biar pak cik dia yang uruskan. Alhamdulillah, tenang rasa hati. Seriously, urusan untuk masuk ke universiti ni bukanlah semudah mana. Kena fotostate borang itu. Kena fotostate borang ini. Memang banyak. Lain lagi nak fotostate sijil-sijil dan yang sewaktu dengannya. Dan tidak dilupakan juga tentang pengesahan surat. Sampai lenguh-lenguh kaki menguruskan benda ni. Tapi tak apa, bukan senang nak jadi senang kan?

Apabila urusan tiket selesai, lega. Sebab tiketlah antara perkara yang paling penting kalau nak pergi ke sesuatu tempat, terutamanya jika anda dari Sabah macam aku. Ok . Macam panjang berjela pula pasal tiket ni. Hehe.

Aku naik flight bersama dua orang sahabat baikku Ain dan Ana. Ada seorang lagi sebenarnya, tapi dia dah 'terbang' terlebih dahulu. So kami menyusul kemudian. Ketiga-tiga kami telah bersedia di airport seawal jam 4 pagi untuk Check In di KKIA. Awal dan semangat kan. Flight kami dijadualkan pada jam 5.55 a.m maka sebab itu kami perlu awal. Nanti delay lagi. Habis duit poket. Membazir.

Maka, terbanglah kami pada hari itu, Sabtu (28 Ogos 2016) dengan seribu harapan dan impian. Rasa macam tak percaya sangat yang aku berjaya memasuki universiti yang aku cita-citakan dan yang pada mulanya rasa macam mustahil dapat masuk ke sini dengan result yang sederhana ini. Namun, Allah Maha Berkuasa. Jika Dia mengkehendaki sesuatu itu untuk terjadi, maka ia akan terjadi. Walaupun kita rasa mustahil dan sangat-sangat mustahil. Sebab itu jugalah kita kena yakin dengan setiap ketentuanNya. Percayalah.

Kami tiba di KLIA lebih kurang pada jam 10 a.m. Kami akan dijemput oleh Pemudah Cara universiti dengan menggunakan bas. Agak susah juga pada asalnya untuk kami mencari tempat menunggu bas. Yelah, bukan biasa pun pergi ke sini. Pernah dulu pun masa tingkatan 3. Lama sudah. Tak ingat. Dalam beberapa minit menunggu, maka tibalah bas yang ditunggu-tunggu. Yeay! Sampai juga. *Dalam hati menyembunyikan kegirangan dan keeksitedan untuk masuk universiti.

Kami naik dan terus ke KLIA 2 untuk menjemput pelajar-pelajar yang lain. Kebanyakkan yang datang awal ni sebenarnya came from Sabah and Sarawak. Easy to say Borneo lah. Jauh kan. Mesti sedia awal. So, bas pun terus menuju ke universiti dengan membawa kami yang sarat dengan bagasi sebesar guni malah lebih besar lagi.

Setibanya di sana, kami disambut dengan mesra oleh pemudah cara yang bertugas. Aku masuk bilik dan terkejut tak ada almari. Allah...  tapi bukannya U aku dah tak ada peruntukkan untuk beli almari, cuma almari lama ditukar dengan yang baru. Hooray! Almari yang lebih besar dan boleh menyimpan banyak barang. Terima kasih pihak universiti...

Minda aku masa tu masih terbayangkan Sabah dan masih tak sangka dah sampai Selangor. Aku bermonolog lah sendiri " eh betul kah ni aku dah sampai sini". Macam tak percaya. Aku kena terima hakikat. Dan aku pun kemas-kemas lah sikit barang aku sementara tak busy lagi dengan aktiviti MMM (Minggu Mesra Mahasiswa). Sebelah malamnya aku tidur dengan lebih awal agar esok bangun awal. Subuh di sini lewat sejam dari Sabah. So kena pandai adapt dengan situasi.


-Second Day A.k.A Pendaftaran -

Sebenarnya sewaktu hari kedua tu, aku masih blurr tentang penggunaan bas. Maka aku pun dengan muka blur seribu tanyalah dengan kakak Felo yang cantik manis (tak ingat nama dia). Dia dengan senyumannya yang jelita itu pun tunjukkan aku tempat untuk ke Fakulti. Aku ikut jelah. Dah namanya sorang-sorang. Tak jumpa kawan lagi. Sebenarnya Ain dan Ana fakulti lain so tak boleh lah sama-sama dengan diorang. Maka aku berjalan sendiri.

Setibanya di fakulti, aku nampak masing-masing datang dengan mak ayah. Aku tahan sebak masa tu. Aku tak nak layan sangat perasaan. Aku bawalah orang-orang yang aku jumpa ni bercerita. Common question yang aku tanya asal mana, umur dan nama. Sepatutnya nama dulu tapi cara aku lain. Saja jak tu. Agak menarik bila bercerita dengan diorang ni bila diorang tahu aku dari Sabah. Terutamanya mereka-mereka yang datang dari satu negeri ni. Dua orang yang aku jumpa dan kedua-duanya excited bila bercerita dengan mereka.  Bukan nak bangga tapi rasa terharu pula. Ngehehe.

Setelah habis mendaftar aku terus pergi ke bus stop menunggu bas. Masih juga blur sebab tak tahu sistem bas uni aku ni. Tapi aku cuba bertanya lah dengan mereka-mereka yang sama bas dengan aku tadi sewaktu pergi ke fakulti. Kena rajin bertanya agar tak sesat jalan.

Bas datang dan berpusu-pusu mak cik pak cik dan anak-anak sekali naik ke dalam bas. Tidak dilupakan aku sekali. Apa yang aku nampak ialah kena laju naik bas. Lenggang-lenggang kangkung tak mau. Boleh jadi kau jatuh gedebak gedebuk lagi malu. So dari situ aku belajar. Bertindak pantas. NAMUN, sesuatu peristiwa telah berlaku. Bila imbas kembali terasa lucu pula. Sewaktu bas tu melalui kolej aku, malangnya aku tak turun. Dahlah kolej aku dihujung dan jauh. Sebenarnya aku bukan saja-saja tak nak turun, akan tetapi aku masih tidak tahu dan tak faham sistem bas ni. Aku nak turun masa ada orang turun dekat kolej aku, tapi macam yang aku kata tadi, naik bas kena gerak laju sikit. Memandangkan seorang je yang turun masa tu kat kolej aku, so aku macam tak sempat nak turun, bas dah jalan. Allah. Imagine. Aku terpaksa duduk dalam bas selama lebih kurang sejam untuk kembali ke kolej aku. Allah je tahu perasaan masa tu. Seorang daripada PC (pemudah cara) tu perasan yang aku tak berganjak-ganjak dari tempat duduk dan aku pun bertanya dengan dia "hmm kak. bas ni pergi ke kolej *** tak? " maka dia dengan muka yang agak bersalah menjawab "kita dah lalu *** tadi dik. Ni kena tunggu dalam 45 minit lagi kalau nak pergi situ. Stay sini je dik. Minta maaf ye." Sebenarnya dalam hal ni , bukan diorang yang salah. Tapi nak kata aku yang salah bukan juga , tapi ada juga silap aku di situ. Tapi yelah. Like English quotes "Failure is the way of learning".


-MINGGU MMM-

Setiap universiti perlu ada orientasi atau MMM (Minggu Mesra Mahasiswa). Lebih kurang macam acara wajib untuk mana-mana institusi pendidikan sebab banyak fungsi orientasi ni sebenarnya. Tempoh orientasi pula berbeza untuk setiap u. Ada yang seminggu, dua minggu dan 3 hari pun ada. Untung lahh siapa yang dapat tiga hari tu. Kami perlu menjalani MMM selama seminggu. Banyak aktiviti diadakan dan yang paling ditunggu-tunggu ialah Perang Dectar. Aku tak tunggu pun benda ni, tapi memang kena join juga. Perang ni bukanlah acara tembak menembak sesama student, tapi ini merupakan aktiviti berlawan yell di antara kolej-kolej. Aktiviti ni merupakan antara acara wajib sewaktu MMM dan dikira menjadi tradisi apabila budak tahun 1 masuk.

Pada malam perang tu... Eh lupa nak cakap. Malam perang tu adalah merupakan malam ambang merdeka. So peperangan diadakan setelah sambutan malam ambang tu. Maka setelah habis program, maka bermulalah acara. Paluan gendang daripada kolej-kolej yang berdiri dekat dengan stage. Masing-masing berpadu suara untuk menghasilkan gelombang suara yang kuat. Berlawan kolej mana yang paling lama dapat bertahan di dewan. Bayangkan... kipas dan aircond ditutup. Panas giler masa tu. Masa tengah yelling tu, aku pening dan keluar dari dewan. Dan selepas tu dihantar ke kolej untuk berehat.


-Monyet-

Sini memang terkenal dengan monyet. Maksud aku di sini monyet banyak. Ya. Sangat banyak. Bila direnung dan ditatapi, comel juga makhluk Allah ni. Macam-macam ragam. Aku suka staring di jendela untuk tengok komuniti monyet ni. Tapi, tabiat hewan ni ialah menyelongkar sampah selain menceroboh masuk ke dalam bilik untuk mencuri makanan. Tidak lupa juga meragut makanan yang dipegang dalam plastik.

Aku pernah merasai pengalaman tu!

Singgah di cafe beli bun Gardenia. Berjalan penuh keyakinan dan ketabahan di jalan raya sambil tengok-tengok monyet selongkar sampah sampai tak sedar ada yang memerhati dari jauh. Tiba-tiba, rasa macam plastik yang aku pegang ditampar sesuatu dan bergoyang. Eh apani? Aku macam agak hairan lah sebab kenapa plastik aku macam disentuh oleh sesuatu "lembaga". Masa tu aku tak menoleh lagi ke belakang. Makhluk tu buat percubaan yang kedua dan dia berjaya. Habis berterabur roti bun gardenia di jalan raya. Nak pungut segan pula. Siang masa tu. Terang benderang. Aku biarkan jelah bun sardin tu bertempiaran. Sedih pun sedih tapi nak buat macamana kan. Bukan rezeki. Mungkin tu milik dia. Jadi aku pun biarkan je. Terus jalan ke bilik dengan hati hiba.

-Babi Hutan-

Maaflah agak kurang sopan sikit tulis tajuk seperti ini. Tapi ini aku tak nak lah cerita panjang lebar sebab aku baru je nampak makhluk ni tadi depan mata semasa aku dekat fakulti lain. Situ memang sunyi dan benda ni suka lah datang ke sana. Warna coklat. Anak lagi. Aku tahu pun kehadiran benda ni sebab ada sorang classmate aku dia cakap ada benda ni di luar. So aku join dia tengok dan betullah ada anak babss ada di luar dewan. Pun comel juga pendek-pendek tiada leher. Nasib tak mengejar.

-Makanan-

Dekat semenanjung ni tak sah kalau tak pedas. Sarapan nasi goreng pun pedas. Tapi pedas-pedas tu pun sedap jugak. Semenjak dua menjak ni, aku dah jadi food hunter. Siap like page food delivery lagi. Gara-gara nak rasa makanan sini. Cuma tekak aku masih tak dapat terima ikan keli. Nampak sedap tapi tak pandai makan. Di sini, ada pelbagai jenis makanan yang ada. Korang lagi tahu kan. Setakat ni, tom yam kafe aku sedap. Aku jarang jatuh hati dengan makanan berkuah ni. First time rasa sedap. Pernah juga jumpa sedap tapi jarang sekali.

-Bahasa-

Sabah memang terkenal dengan kebakuannya. Tidak ketinggalan juga ketebalan huruf "k"nya. Apabila anda tiba di sini, terutamanya dari Sabah, kau kena belajar untuk bercakap slang sini. Susah you all... Bukan nak hipokrit, tapi aku dah cuba haritu nak cakap slang Sabah ja. Tapi malangnya mereka tak faham apa yang aku cakap. Siap berkerut seribu lagi dahi tu. Maka, aku cuba lah berkomunikasi dengan slang sini agar komunikasi dengan kawan-kawan lebih lancar. Haa tambahan pula,. Roomate aku orang Pahang. Maka aku kena juga belajar slang ni. Member sini agak comel bila diorang cuba memasukkan elemen "bah" yang tak kena pada tempatnya. Memang kelakar sangat. Syu, jangan marah aku. Hehe


Banyak lagi cerita aku ni sebenarnya, belum habis lagi. Tapi mata aku dah mulai kuyu like an owl so i have to stop until here. Aku cuba update lagi cerita yang lain ya. In shaa Allah.






Thursday, 26 May 2016

Hai For 2016 !

Dengan lafaz bismillah. Saya kembali menulis.
Lama juga tak menulis dalam blog ni.
Nampak agak berhabuk sikit.

Hampir setahun juga menyepi. Sememangnya belajar selama setahun setengah di tingkatan 6 mengajar saya untuk fokus lebih kepada pembangunan kendiri sebagai persediaan menghadapi alam universiti. Di alam form 6 jangan cakaplaa. Memang busy tapi tak lah busy 'gila'. Jadual masih juga macam budak sekolah biasa. Cuma ada sedikit kelonggaran namun tetap perlu berdisiplin.

Bukan tak ada masa untuk berblog, cuma masa yang ada itu cukup mahal. Seh.. Dahlah setahun setengah. Ko sempat nak memain sangat? Tak dapat lah. Benarlah, guru BM masa sekolah menengah pernah bagitau yang form 6 bukan lah masa untuk kau relax belajar. Struggle! Itu yang perlu untuk kau lakukan. Bukan masa SPM jew nak struggle. STPM juga perlu. *dah macam mak-mak membebel dah...

So 2015 hang macamana?

oh 2015? Macam biasa lah. Tapi cukup mahal sebenarnya pengalaman di Tingkatan 6. Banyak kisah suka duka. Malah boleh sudah kali saya buat drama. Banyak yang saya pelajari. Kawan pun ramai. Tapi taklah sama dengan universiti. Sana lagilah ramai sampai ko boleh tak kenal kawan sekuliah. Nampak..betapa gambaran ramainya manusia di situ.

Disitu saya belajar segala erti.
Keberkatan.
Friendship.
Kasih sayang sesama insan.
Hormat menghormati.
Hmm. dan banyak lagi.

Awak tahu? betapa mahalnya sebuah erti itu? hmm.
Langkah saya ke sana juga membawa beberapa perubahan kepada diri.
Yang pastinya, ada perubahan yang positif.
Sebab itulah ada entry ini :::::JAWAPAN ISTIKHARAHKU::

Dan yang paling saya suka majlis ilmu.
Bukanlah nak kata saya budak kaki masjid. Tapi memandangkan sekolah saya dulu terletak di pusat bandar, so majlis ilmu di masjid-masjid berdekatan itu kira aktiflah. Seronok sangat. Kiranya, niat menuntut ilmu tu tercapai, Macam tu lah.


Pesan untuk adik-adik form 6...

ok .. untuk adik-adik yang masih baru dalam dunia form 6, akak nak pesan jangan layan sangat perasaan nak ikut kawan-kawan masuk universiti. Maksud akak, biarlah hala tuju kita untuk menuntut ilmu ni adalah berdasarkan pilihan kita sendiri ya.. Sebab itulah ramai yang jatuh gedebak-gedebok ke lantai kegagalan sewaktu belajar... hanya disebabkan suka ikut orang lain. Nak ada kawan alasan mereka... tapi hakikatnya kawan tu kita yang kena create sendiri. Maksud akak.. cari sendiri.

dan kepada adik-adik yang dah kira 'matang' lah dalam form 6 ni, jangan pula korang nak takut-takutkan junior. Bagitau diorang ni subjek susah la .. kerja kursus berlambak lah...tak dapat belajar sebab kerja kursus lah..apa-apa lah cerita negatif form 6 ni. Jangan ye. Segala benda akan menjadi susah kalau kita tak berusaha memudahkannya. Biasalah tu belajar memang susah, kalau tak nak jadi jahil kan.. Lagi perit menanggung sebuah kejahilan. Cuba matang sikit. Form 6 ni mematangkan kita tau. Walaupun perangai nampak bebudak sikit, tapi pemikiran tu kena luas. Itulah produk PRA-UNIVERSITI sebenarnya.


Baiklah. Potpat pot pet dekat sini tak sedar azan dah berkumandang.
Jom menuju kejayaan!
Ada waktu terluang nanti, saya akan terus menulis. In shaa Allah.
Banyak ibrah yang nak dikongsi.
Saya sekarang ni agak aktif di telegram sahaja disebabkan ada masalah line yang selalu tak lurus.

Ada telegram, bolelah taip keywords ini 'Pensil Kontot'.
ok Jumpa disana ya!

Saturday, 1 August 2015

Kerana Dirimu Begitu Berharga!

Bismillah. Syukur pada Allah.
Hari ini masih bernafas segar. Jiwa masih kental.
Tadi, exam muet. Alhamdulillah . Dah habis jawab. Neves tu jangan cakaplah. Neves abes. Neves tahap 360 darjah celcius. Eh . apa aku cakap ni. *ketuk kepala dekat dinding.
Bilik exam pun sejuk macam kat antartika busssszz. Menggeletar kaki tuan hamba.

Dan aku rasa belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya. *mata berkelip sambil sepuluh jari dihulur.
As time goes on, aku dah 19. Semakin tua.Ya. Aku hampir menuju angka 20.*(T.T)
Dalam usia ni, aku dapat rasa banyak perbezaan yang berlaku dalam diri aku dan juga sekeliling aku. Banyak perkara yang terjadi yang sentap lagi menyentapkan aku.

Kadang-kadang, Allah datangkan seseorang untuk merubah kita. Pernah rasa?
Macam..Sahabat. Alhamdulillah… Masa tuntut ilmu ni kan, aku didatangi sahabat-sahabat yang baik-baik belaka. And the most important is yang suka bagi aku makanan. Haha. Bukan itu pointnya.

Diorang suka bagi aku nasihat. Kadang tu sentap juga. Diorang bukan jak guna kaedah menasihati dengan mulut, tapi dengan cara lain. Aku yang tersentap sendiri. Mungkin Allah bagi ilham kat diorang untuk bertindak macam tu walaupun niat diorang bukan macam tu pun.

Sahabat-sahabat aku ni juga cepat detect kalau aku ada masalah even though I keep it inside. “Sai , kau ok?” itu la soalan diorang. "Yaaa..yaa… aku ok". Bila aku bagi jawapan macam tu dia akan renung tepat mata aku sambil senyum. Hee. Aku tak leh tipu. Dia dah tahu .

Sedikit demi sedikit , segala bad habits aku terkubur. Benarlah apa ustaz aku cakap, “Kalau kita nak jadi baik, Allah akan datangkan orang yang baik-baik untuk kita”. Terharu dengan Allah. Subhanallah!
Semoga Allah membalas jasa kalian. Syukran sahabat !

By the way, STPM is around the corner. Perang akan meletus! Jaga-jaga!

ya! Jaga-Jaga!

Hmm. Bab sentap menyentap ni, aku nak share dengan kamu ada satu blog yang bagi aku sangat best. Penulisan yang santai dan bikin orang sentap!

Logo Rasmi

Kita terjah sama-sama.






Saturday, 14 February 2015

untuk pertama kalinya....

Assalamualaikum uolls.

Lama tidak mengupdate blog.
Sampai ada yang bertanya 'eh sai. Engko masih berblog ka?' . Hee. Ya. I'm still. *ceh, jawapan mengalahkan blogger femes.

menjadi seorang blogger ni aku rasa best. Sebab aku boleh tulis apa yang aku suka. Except for something yang sensitif. Kau nak cari nahas, boleh.. silakan. haha.

As you know, aku duk asrama. That's why jarang sekali update blog. Maaf kepada yang menanti berita. Tak update langsung. Thousands of sorry.



Bulan lalu, sekolah aku dikunjungi oleh beberapa students UIAM KUANTAN. Kunjungan mereka ni bukan semata-mata nak melawat, tapi untuk berprogram dengan budak-budak sekolah aku. Bab program ni aku suka, sebab even sesuatu program tu just ambik masa 5 minit sekalipun , mesti ada benda baru yang kita belajar. Seriously.

Dan aku antara yang ditugaskan untuk menyambut kedatangan diorang. Lagi menyeramkan. Tetamu dari jauh pula tu. Pelbagai jenis perasaan bercampur baur di dada dan benarlah kata orang 'tak kenal maka tak cinta'. Kita takkan kenal orang lain melainkan kita cuba untuk fahami dan bergaul dengan diorang.

pemikiran diorang of course matang. Mampu merancang aktiviti dengan baik and sistematik. Sesuai dengan usia. Tambahan pula, diorang ni kan fasilitator team, so kematangan tu prinsip utama mereka.

For me, even though hari tu kami berprogram bersama fasilitator team tu tidak sampai pun 2 jam, tapi segala nasihat , teguran memang menaikkan semangat. Bro-bro dan sis sis hari tu berfokus kepada teknik menjawab MUET, based on their experienced. Memang menaikkan semangat. Terus macam mau masuk u ni masa tu juga. HAHA. Tapi serius, rasa BI ni macam senang ja bila diorang bagi semangat. huuu.. aku sangat menghargai jasa kalian. Syukran Fasilitator Team UIAM..

CERAMAH CLICK DENGAN BIJAK!

Ceramah ni dihadiri oleh semua student PRA UNIVERSITI SMKAKK dan berlangsung di kelas aku. Penceramah pula adalah dijemput khas daripada SKMM (SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA). Ceramah sempoi, bersahaja dan mudah difahami. Dan , banyak info yang kami dapat. I really appreciate it! Sebab timbul kesedaran dalam diri ni untuk tidak mengupload sembarangan gambar-gambar di media sosial.


 Bukan dari segi upload gambar jak, tapi penceramah juga menekankan tentang penggunaan huruf besar ketika di media sosial. Contoh , "KENAPA AWAK TAK DATANG KE SEKOLAH?" . Nada macam marah kan? Padahal yang bertanya tu bukan marah pon. Tu laa. Penceramah menasihatkan kami supaya tidak sekali-kali menggunakan huruf besar sewaktu mengepos sesuatu di laman sosial.


MERENTAS DESA
Seperti kebiasaan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, semestinya akan mengadakan sukan merentas desa peringkat sekolah. Aku salah seorang peserta. Aku sebenarnya agak fobia bab-bab merentas desa ni, sebab selalu jak kalah. *jangan contohi sifat berputus asa aku ni. Tapi, semenjak berada di SMKAKK ni, aku selalu jak rasa mau mencuba benda-benda yang dahulunya aku dak suka. Pelik Tapi benar. Walaupun tidak menang, tapi aku berpuas hati sebab mampu menghabiskan larian dengan selamat. Alhamdulillah.

PBS

Sekarang , sistem STPM menggunakan sistem modular. Yang mana sistem ini lebih kurang macam sistem yang digunakan di universiti. Sebagai pelajar PRA U 2 , sememangnya PBS tu wajib untuk kami laksanakan. PBS ni macam mini thesis, so kena serius la buat. Markah sem 2 akab dicombined dengan markah PBS, so hati-hati. *tampar muka sendiri sampai merah biar sedar sikit. pangg... aduhh...

MALAM CINTA RASUL

aku first time menghadiri program ni. Dan alhamdulillah akhirnya aku dapat juga rasai MCR ni. Actually, SMAKK telah menganjurkan Malam Cinta Rasul sabtu yang lepas. Dan suka jak tengok pelajar-pelajar masa tu. Bagi muslimat memakai jubah or baju kurung yang cerah, muslimin pula kopiah putih dengan jubah atau kurta. Sejuk jak mata memandang.
Tapi masa tu takder bawa kamera, dak dapat gambar lah. 

So now?
I'm still waiting for our SEM 1 RESULT. dupdabdupdap. To uolls yang disayangi, pray for us yaa... Sesungguhnya doa sahabat yang kejauhan tu makbul, In Shaa Allah. Aku yakin. Doakan kami, STPM candidates ni dapat result yang terbaik . 

#maafkan aku atas segala kesilapan dan kesalahan yang pernah aku buat. 

THANKS.