Tuesday, 7 March 2017

Dari Seorang Gadis Mentah


Usai mengisi survey wajib universiti, tiba-tiba rasa macam mahu menulis sesuatu. Sebelum itu, saya minta maaf jika pos kali ini terlalu sentimental. Kadangkala apa yang terbuku di hati perlu diluahkan jua demi mengurangkan sedikit bebanan rasa.

Gadis.
Allah cipta dengan pelbagai keistimewaan dan begitu juga dengan Adam. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan. Disebabkan itulah Allah pasangkan Adam dan Hawa. Saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Dan Adam.
Ku titipkan sedikit pesan walau aku masih mentah untuk memahami dan bercerita tentang kehidupan. Aku cuma mahu menyampaikan sesuatu yang terbuku di hati. Untuk memahami hati seorang wanita, bukan mudah. Malah lebih susah dari soalan Addmath. Ada yang mudah sahaja dilentur dan begitulah sebaliknya. Kerana itu, kadang-kadang awak susah nak faham apa yang wanita fikirkan. Suka berkias-kias. Sensitif dan sebagainya. Itulah kami, golongan hawa ini. Ada sebab kenapa si hawa mahu mengehadkan perbualan dengan ajnabi. Ada sebab kenapa seorang gadis itu tidak selesa apabila berbual-bual dengan kalian tanpa sebab yang mustahak. Ada sebabnya.

Dan Adam.
apabila kau nyatakan hasrat mahu berteman dan mengenali seorang gadis yang membuatmu tertarik mahu mengenalinya, tahu kenapa dia menyuruh untuk terus pergi ke wali? Si gadis bukanlah tergedik mahu mengikat sebarang pertalian halal, cuma itu cara yang lebih sopan. Biarlah kau kenal dia dari walinya. Dia mahu keredhaan ilahi. Dia tidak mahu menjalinkan hubungan yang dimurkai. Dia takut jika memberi harapan yang menggunung tinggi. Dan dia juga ingin kau kenal dia bukan dari dia kerana semua orang cenderung untuk berpura-pura dan pretend to be perfect apabila berhadapan dengan orang lain.

Persiapkan dirimu dengan ilmu agama yang sempurna, walau hakikatnya sukar menjadi sempurna. Majlis ilmu jangan ditinggalkan. Kamu pelajari soal wanita dan hukum-hukum fiqh tentang wanita. Jika mendambakan si solehah, usaha gigih perlu ada. Hakikatnya  seseorang gadis itu juga inginkan seorang imam yang lebih baik darinya. Akan tetapi, seseorang gadis itu juga perlu sentiasa memperbaiki imannya dan akhlaknya jika dia mahu imam yang sedemikian rupa, kerana jodoh itu cerminan kita. Kedua-duanya perlu saling berusaha. Baiki apa yang perlu dibaiki. Bina apa yang perlu dibina. Itu hakikat sebuah kehidupan yang sebenarnya. Seorang gadis itu secara normalnya akan risau jika dia yang mendidik pasangannya kelak. Sedangkan tanggungjawab mendidik itu bukan pada bahunya.

Dan kau juga janganlah menjadi terlalu sosial. Banyak padahnya.

Jika kau rasa kau tidak layak untuknya, disebabkan akhlak kalian bagai langit dan bumi, ubahlah secara perlahan-lahan. Tidak ada manusia yang dilahirkan sempurna, pasti ada saja kelemahannya. Hati yang hidup itu sentiasa cakna dengan dosa-dosa yang dilakukan.

Gadis itu.
Dia juga manusia biasa. Walau dilihat solehah pada zahirnya , Allah sahaja yang tahu apa yang tersirat. Dia juga sebenarnya sedang berusaha memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukan. Namun Allah maha Agung , Maha Pengasih dan Penyayang. Segala aib dan kecacatan , Allah tutup. Dia pun tengah berusaha untuk menjadi solehah pada pandangan Illahi.

Adakah dialah orangnya atau bukan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita cuma merancang dan Allah lah yang menentukan. Bertanya pada Allah melalui Istikharah apabila tiba saat yang sesuai.

Life is not easy.
Sama ada kau lelaki atau perempuan.
Kedua-duanya punya tanggungjawab yang besar dalam kehidupan.
Aku berpesan untuk aku, kau dan dia.
Bukan bermakna sudah capai tahap sempurna. Bukan!
Aku hanya mahu dunia yang semakin malap ini cerah kembali walau mustahil.
Biarlah seorang dua yang mendengar dan memahami.
itupun sudah membuat aku bahagia.

....... Sekadar renungan buat kita bersama. Mungkin terlalu awal untuk bercerita soal ini, akan tetapi suatu hari bila tiba saatnya kau akan berhadapan dengan perkara ini.





No comments: